Assalamualaikum semer....
Wendu??? Ngehhh...²...ahkak pon wendu uolss. Motif diri diwendui??? Ooowwhh mmg ade yg wendu KOT...!! Ngeeeeeehhh²... Selasa, rabu dan hari ni khamis, baru ler ahkak tunjuk idung blang ahkak kan.. baek sungguh ahkak nie....
Ahkak terpanggil dengan satu stetment, kat aner ahkak bace pon dh lupe, maklum ler semakin mude belia gitew...katanye "hanya Maniam yang mengenali Manakem"... Ape yg ahkak nak sampaikan pagi ni, ( entry berbaur ilmiah sgt bunyiknye kan...), hanya anak mengenal ibunya. Mcm anak ahkak Ain. Bila ahkak balik gheja, nampak jek muka ahkak yg besaq talam nie, mesty dia wat muke sengeh sampai telinga, lompat² katak, kuar memacm bunyik cam burung tiong...excited ler tuh. Tapi bukan itu yang ahkak nak sampai juga....ngeh².... saspen ssgt.
Sepanjang berblogging ni ahkak xpenah mention tentang mak ahkak. Low profile gitu... bertuah punya anak kan...ngeh². Dari zaman bujang ahkak lagi mak mmg sgt² berat hati nk biorkan ahkak dok sensorang, maksudnya nyewa la. Mak & arwah bapa dulu duk kg, jauh ahkak nk ulang alik keja sbb keja kat bandar. Jadi dicongak², tolak, tambah, bahagi gitu gini, mak pon benarkan juga dengan berat hati, faham jela anak dara yg naif kekdahnya. Kakak & abang dah kawen masa tu, memasing dah bawak famili sendrik, malas nak nyusahkan derang, lagipun ahkak nak belajar berdikari.
Dipendekkan cerita, sepanjang ahkak nyewa ni dah 3 kali ahkak nomad. Majoriti sbb roomate/housemate pindah x cukup korum nk bayo sewa.....sengkek sgt bunyiknya kan.. tp klu korang dok sini, nak sewa bilik jek pon korang mesti ternganga ngan regenya. Jadi sila tutup molot dari trnganga yee...ngeh². Sepanjang ahkak dok sendiri, tetiap bulan mak akan dtg dan dok ngan ahkak dlm seminggu. Ssgt hepi, bleh memanje. Mak masak tetiap hari.
Sekarang bila ahkak dah kawen, beranak pinak mak masih dok ngan ahkak. Lagi ler bila bapa dah takde. Mak pun dah semakin uzur. Sangat sayu hati bila tengok mak yg dulunya sihat, kuat, kini nak berjalan pon payah, berpimpin. Kekadang dia tegah kami dari membantu, katanya nak berusaha bergerak sendiri. Namun kami sentiasa memantau dari belakang.
Semakin mak tua, semakin banyak kerenahnya. Umpamanya kembali ke zaman kanak². Bukan nak membuka pekung didada, jauh sekali utk mengaibkan mak yg telah mengandungkan ahkak 9 bulan 10 hari, sekadar perkongsian rasa. Serasanya ahkak nih belum cukup kesabaran di dada. Kekadang tumpah juga airmata dek kata² mak, terguris juga perasaan ini. Tidak hanya pada diri ini, juga anak² yg dibabitkan sama. Hinggakan ahkak tengok, hubungan nenek dan cucu semakin merenggang. Bila mak mula untuk memanjakan anak² ahkak, anak² pula cuak, ralat. Semakin menjauhkan diri. Itu yang amat dirisaukan. Seupayanya ahkak terapkan nilai kasih sayang pada anak².
Ahkak xsalahkan mak 100% dalam hal ini, mungkin masa kecil kami juga dididik seumpama itu. Mak masa muda mmg garang. Tetapi mak kenalah berkompromi ngan anak² sbb mereka masih kecil, belum faham, nakal, aktif, masih perlu diajar satu persatu dan situasi dulu dan kini berbeza. Kanak² kini sudah pandai memberontak seawal usia jika ditekan secara terus-terusan. Betulkan ahkak klu ahkak silap. Bila balik umah, dengan keadaan penat, ahkak capai anak², masak utk mkn malam. Dengan kerenah along, dikca & ain lagi, mak mula arah itu dan ini. Ahkak xmenang tangan. Satu perangai mak yang sangat xtahan, suka sgt membebel, bila dia nak kita buat sesuatu, kita kena dulukan. Kalau anak berak, kena ler ahkak basuhkan dulu iya dak, lambat tahan jela telinga. Ahkak ttp layan ngan baik. Sabar jelaaaa....
Mungkin ini ujian Allah buat ahkak. Menguji sejauh mana sabar ahkak sebagai seorang anak yang hanya menjaga seorang ibu. Saban waktu ahkak mohon kesihatan mak, diberi hidayah, dan dipermudahkan segala² bagi mak serta diberi kesabaran yang tinggi dalam diri ahkak. Selagi hayat, ahkak akan jaga mak, biarpun kekdg terasa jauh hati tp itu saja masa yang ada untuk ahkak menjaga mak, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai sorang anak. Demi menyelami erti kasih sayang, semua itu akan ahkak gagahi. Biar esok, anak² ahkak tau tanggungjawab dorang sebagai anak, bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Sejahat mana pun seorang ibu, dia tetap ibu.
Maka, sayangi lah ibu & jaga lah mereka selagi ada hayat ....dan peringatan utk diri ahkak sendiri jg.
LuVe,